Kabinet Bayangan Pembangkang Rasmi United Kingdom

Kabinet Bayangan Pembangkang Rasmi United Kingdom ialah barisan jemaah menteri bayangan yang dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang. Tugas utama kabinet ini adalah untuk menjadi kuasa semak dan imbang dalam pentadbiran United Kingdom. Sekiranya pembangkang membentuk kerajaan, maka ahli-ahli kabinet bayangan ini selalunya akan dilantik sebagai menteri dengan portfolio yang sama disandang sebelumnya.

Sejak tahun 2010, Parti Buruh merupakan parti terbesar blok pembangkang dan membentuk kabinet bayangan. Kabinet terkini dipimpin oleh Keir Starmer selaku Pemimpin Parti Buruh dan Ketua Pembangkang.

Parti-parti kecil yang turut duduk selaku pembangkang juga mempunyai barisan kabinet bayangannya sendiri walaupun jumlah keahlian mungkin lebih kecil.[1][2]


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search